Redza Rosli kini milik Bella Hanna

Redza dan Bella sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.
Redza dan Bella sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.
A
A
A

BERMULA dengan gandingan menerusi drama Luruhnya Bunga Cinta, aktor, Redza Rosli selamat bergelar suami kepada pelakon baharu, Bella Hanna, kira-kira jam 4.05 petang, Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.

Menerusi majlis bertema putih di Forest Valley Hall, Cheras, aktor berusia 32 tahun itu menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai sebanyak RM3,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Redza turut memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak Bella atau nama sebenarnya Farhana Nabila, 28 tahun.

Terdahulu, tular video Redza dilihat sebak ketika meminta restu daripada ibunya sebelum upacara akad nikah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!