Rehda sasar potensi jualan lebih RM30 juta

Thoo Kim bersama NK Tong dan Kin Meng melawat dan melihat pameran hartanah selepas selesap merasmikan Pameran Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2024 yang diadakan pada Jumaat.
Thoo Kim bersama NK Tong dan Kin Meng melawat dan melihat pameran hartanah selepas selesap merasmikan Pameran Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2024 yang diadakan pada Jumaat.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PERSATUAN Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menyasarkan potensi jualan melebihi RM30 juta dalam Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) pada tahun ini.

Naib Presiden Rehda, Datuk Chan Kin Meng berkata, pada tahun lalu mereka berjaya merekod jualan pada hujung minggu sebanyak RM30 juta.

Beliau yang juga Pengerusi MAPEX turut mengulas, jumlah tersebut akan terus bertambah pada tahun ini berikutan pelbagai tawaran unit rumah bersesuaian dengan citarasa pembeli.

Thoo Kim bersama NK Tong dan Kin Meng melawat dan melihat pameran hartanah selepas selesai merasmikan Pameran Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2024 yang diadakan pada Jumaat.
Thoo Kim bersama NK Tong dan Kin Meng melawat dan melihat pameran hartanah selepas selesai merasmikan Pameran Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2024 yang diadakan pada Jumaat.

“Sepanjang tiga hari ekspo ini berlangsung yang bermula pada hari ini akan mempamerkan projek daripada 28 pemaju yang menawarkan pelbagai jenis unit perumahan untuk memudahkan pelawat.

“Kami berharap pengunjung akan mengambil peluang ini untuk menikmati pelbagai promosi yang menarik di ekspo ini termasuk rebat tunai sebanyak RM50,000 kepada pembeli yang bertuah,” katanya selepas Majlis Perasmian MAPEX di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) di sini pada Jumaat.

Sementara itu, menurut Presiden Rehda, Datuk NK Tong berkata, pihaknya turut menubuhkan syarikat pensijilan bangunan hijau iaitu Green Real Estate (GreenRE) Sdn Bhd untuk menggalakkan pembangunan mampan.

Artikel Berkaitan:

Thoo Kim (tengah) bersama NK Tong (kiri) dan Kin Meng (dua dari kanan) merasmikan Pameran Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2024 yang diadakan pada Jumaat.
Thoo Kim (tengah) bersama NK Tong (kiri) dan Kin Meng (dua dari kanan) merasmikan Pameran Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2024 yang diadakan pada Jumaat.

Tambah beliau, syarikat tersebut juga berjaya melakukan kira-kira 3716.12 hektar atau 400 juta kaki persegi pensijilan bangunan hijau sedekad yang lalu.

“GreenRE syarikat pensijilan bangunan hijau nombor satu di Malaysia telah berkembang ke peringkat antarabangsa.

“Antara projek yang turut menerima anugerah pensijilan hijau menerusi projek Battersea Power Station di United Kingdom dan Aeon Mall di Kemboja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dr Ching Thoo Kim berkata, kerajaan turut memperkenalkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) 4.0 dengan dana berjumlah RM1 bilion sehingga 31 Disember 2025.

Menurutnya, skim tersebut menawarkan jaminan sehingga 60 peratus ke atas kos teknologi hijau, dan rebat faedah serta keuntungan sebanyak 1.5 peratus setahun bagi tempoh lima tahun pertama.

“Antara penambahbaikan yang diperkenalkan menerusi GTFS 4.0 adalah peluasan kategori GTFS 4.0 kepada pemaju perumahan hijau mampu milik dan Charge Point Operator (CPO) iaitu pengecasan kenderaan elektrik.

“Kerajaan masih membuka skim ini kepada pengeluar dan pengguna teknologi hijau serta syarikat perkhidmatan tenaga (ESCO) yang melaksanakan projek-projek berkaitan kecekapan tenaga,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!