Pelaku cemar al-Quran dibunuh kejam

Aktivis Pakistan mengadakan tunjuk perasaan semasa insiden mencemar al-Quran di Sweden. - AFP
Aktivis Pakistan mengadakan tunjuk perasaan semasa insiden mencemar al-Quran di Sweden. - AFP
A
A
A

PESHAWAR - Seorang lelaki Pakistan yang dituduh mencemarkan kesucian al-Quran telah dibunuh kejam dengan dibakar oleh orang ramai yang menariknya keluar dari balai polis di mana dia ditahan bagi mendapatkan perlindungan pihak berkuasa.

"Pada petang 20 Jun, penduduk tempatan di kawasan Madian menahan seorang lelaki dan mendakwa dia membakar al-Quran.

"Bagaimanapun polis bertindak campur tangan dan menyelamatkannya serta membawanya ke balai polis tempatan," kata sumber di Swat memberitahu AFP.

Tambahnya, orang ramai berkumpul dan mengepung balai polis dan membalingnya dengan batu.

"Bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang marah, polis melepaskan tembakan amaran di udara, namun kumpulan itu berjaya masuk ke dalam balai polis dan mengheret lelaki itu keluar dan memukulnya dengan kayu sehingga mati," tambah sumber itu.

Kemudian, beberapa orang menuang minyak ke atas badan mangsa dan membakarnya.

Seorang pegawai tempatan yang mengesahkan kejadian itu berkata selepas membunuh lelaki itu, penunjuk perasaan membaling batu ke balai polis sebelum menghalau mereka keluar.

Katanya, keadaan semakin kacau bilau pada hari kejadian apabila penunjuk perasaan menghalang jalan utama di bandar tersebut.

Artikel Berkaitan:

Isu mencemarkan al-Quran dianggap sensitif dalam kalangan penduduk Islam di Pakistan di mana tuduhan tanpa bukti boleh mencetuskan kemarahan dan tindakan keganasan orang ramai.

Pada Mei lalu, seorang Kristian yang dituduh membakar muka surat al-Quran telah digantung oleh kumpulan perusuh di wilayah Punjab timur Pakistan. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!