MySignal, Rasuah Busters jalin kerjasama misi antirasuah

Gambar kecil: Hussamuddin
Gambar kecil: Hussamuddin
A
A
A

SHAH ALAM - MySignal menjalin kerjasama dengan Rasuah Busters menerusi kempen prapelancaran menjelang pengenalan SIGNAL iaitu satu siri pelan mudah alih pasca bayar yang dibangunkan bersama pengendali telekomunikasi terulung Malaysia.

Jurucakap bagi MySignal berkata, kempen prapelancaran itu bertemakan ‘sokong perjuangan menentang rasuah dengan setiap langganan!’.

Menurutnya, kerjasama itu menekankan komitmen MySignal bukan sahaja kepada teknologi inovatif malah kepada tanggungjawab sosial melalui perkongsian dengan Rasuah Busters.

"Kami komited untuk menyokong usaha memerangi rasuah dan secara aktif menyokong pembaharuan. Kerjasama dengan Rasuah Busters menekankan dedikasi kami (MySignal) terhadap amalan perniagaan beretika dan ketelusan.

“Kami menggalakkan lebih banyak syarikat berganding bahu bersama Rasuah Busters untuk mengukuhkan usaha kolektif menentang rasuah bagi memastikan persekitaran perniagaan adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kerjasama bersama MySignal mewakili kemajuan penting dalam misi antirasuah.

Kerjasama itu menekankan komitmen MySignal bukan sahaja kepada teknologi inovatif malah kepada tanggungjawab sosial melalui perkongsian dengan Rasuah Busters.
Kerjasama itu menekankan komitmen MySignal bukan sahaja kepada teknologi inovatif malah kepada tanggungjawab sosial melalui perkongsian dengan Rasuah Busters.

“Kami yakin inisiatif yang dipacu teknologi seperti SIGNAL bukan sahaja memperkayakan penawaran pengguna tetapi memainkan peranan yang besar dalam memupuk ketelusan dan tadbir urus beretika,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

MySignal dalam kenyataan turut menjemput pengguna awal mendaftar dan menikmati faedah menarik seperti data tambahan, 'waived deposit' serta peluang menyumbang kepada usaha pencegahan rasuah dengan setiap pendaftaran.

Kempen prapelancaran berakhir pada 30 Jun dan mana-mana individu serta perniagaan yang berminat digalakkan untuk melayari www.axxess.com.my/mysignal untuk mengetahui lebih lanjut.

Tambah kenyataan itu, pelancaran rasmi MySignal dijadualkan pada Julai atau Ogos depan dengan menggabungkan perkhidmatan telekomunikasi yang mantap dengan perlindungan insurans yang komprehensif.

Ia juga merangkumi perlindungan perubatan, rumah, kemalangan diri dan gaya hidup termasuk pembayaran balik klinikal pesakit luar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!