Tune Protect, Nourish bantu pelajar sekolah

Sukarelawan Tune Protect dan Nourish Malaysia bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa.
Sukarelawan Tune Protect dan Nourish Malaysia bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa.
A
A
A

TUNE Protect Group Berhad (Tune Protect) telah bekerjasama dengan Nourish Malaysia (Nourish) untuk membantu pelajar kurang berkemampuan dari Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson.

Tune Protect dalam satu kenyataan memaklumkan, kerjasama itu bertujuan untuk memberikan sokongan kepada institusi pendidikan dengan memperkenalkan inisiatif yang memberi tumpuan kepada bidang sukan dan digital di sekolah tersebut.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Program Corporate Good (CG) Tune Protect.

“Sejak Oktober lalu, pelbagai rancangan telah dirangka untuk menyalurkan sumbangan seperti komputer riba dan peribadi, menyediakan peralatan sukan seperti petak lompat jauh dan memperbaharui pusat sumber digital,” jelas kenyataan itu.

Pelaksanaan inisiatif tersebut menerusi dua aktiviti tanggungjawab sosial korporat dan sukarelawan yang dikendalikan pada 18 Mei dan 25 Mei 2024 melibatkan seramai 80 sukarelawan daripada Tune Protect.

Sukarelawan Tune Protect dan Nourish Malaysia menghabiskan hujung minggu bersama guru dan pelajar sekolah berkenaan.

Ketua Pegawai Kewangannya, How Kim Lian berkata, Tune Protect bukan sahaja menyediakan akses kepada perlindungan yang lebih mudah tetapi memanfaatkan teknologi untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik untuk celik digital.

“Inisiatif ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran digital dan memberi dorongan kepada atlet masa hadapan yang berkemampuan bersaing di peringkat yang lebih tinggi,” kata Kim Lian.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, lebih 65 peratus daripada 799 pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa merupakan golongan B40.

Kim Lian berkata, sepanjang program itu berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti mengecat pusat sumber digital, memasang jubin vinil, kerja pembersihan bersama komuniti, melukis mural, memperbaiki kawasan padang sekolah, memindah dan menyusun barangan serta mengendalikan aktiviti di padang.

“Tune Protect berhasrat agar semua sumbangan dan aktiviti dapat meningkatkan pembelajaran dan sukan di samping memberikan keseronokan dan keselesaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Kim Lian berkata, meneruskan inisiatif CG, Tune Protect akan menganjurkan klinik sukan untuk atlet sekolah yang melibatkan kerjasama dengan fakulti sukan sebuah universiti bagi menyediakan latihan pakar dan akses kepada kemudahan yang lebih canggih.

“Kakitangan Tune Protect juga akan mengendalikan ceramah keselamatan siber untuk pelajar tahun 5 dan 6 yang memberi tumpuan kepada navigasi internet asas dan keselamatan siber yang akan diadakan pada akhir Julai sehingga Disember 2024,” kata Kim Lian.

Tune Protect telah menjangkaui komitmen CG dengan mencapai 6,954 jam kerja sukarelawan sejak tahun 2022 hingga kini, ia melebihi daripada sasaran awal sebanyak 6,000 jam untuk tempoh 2022-2024.

Pencapaian itu memperlihatkan kesungguhan kami yang berterusan dalam memberikan impak positif kepada komunit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!