PGA Briged Tengah catat nilai rampasan RM160 juta

Mohamad Suzrin (dua dari kiri) memakaikan pangkat kepada Hakemal sambil diperhatikan oleh Zulkifli (kiri) semasa majlis perbarisan persaraan dan serah terima tugas Komander Briged Tengah PGA serta pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Foto Sinar Harian/HISYAMUDDIN AYUB.
Mohamad Suzrin (dua dari kiri) memakaikan pangkat kepada Hakemal sambil diperhatikan oleh Zulkifli (kiri) semasa majlis perbarisan persaraan dan serah terima tugas Komander Briged Tengah PGA serta pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto Sinar Harian/HISYAMUDDIN AYUB.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) mencatat pencapaian baik dan peningkatan prestasi bagi tempoh dua tahun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata, bagi tempoh tersebut, nilai rampasan yang dicatatkan oleh briged itu sebanyak RM160 juta.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan melalui penugasan serta pengoperasian yang jitu itu meliputi Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Kata beliau, dalam tempoh itu, seramai 1,948 individu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan serta melanggari peraturan ditetapkan.

"Antara kesalahan tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar serta ia juga banyak melibatkan Akta Kastam dan Akta Imigresen.

"Saya amat berbangga serta berbesar hati dengan perkhidmatan cemerlang yang telah dipamerkan," katanya dalam satu ucapan pada Jumaat.

Mohamad Suzrin (tengah) menyaksikan penyerahan tugas antara Zulkifli (kiri) kepada Hakemal pada majlis perbarisan persaraan dan serah terima tugas Komander Briged Tengah PGA serta pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Foto: HISYAMUDDIN AYUB.
Mohamad Suzrin (tengah) menyaksikan penyerahan tugas antara Zulkifli (kiri) kepada Hakemal pada majlis perbarisan persaraan dan serah terima tugas Komander Briged Tengah PGA serta pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto: HISYAMUDDIN AYUB.

Beliau berkata demikian pada majlis perbarisan persaraan dan serah terima tugas Komander Briged Tengah PGA serta pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, di sini.

Artikel Berkaitan:

Penyerahan tugas Komander Briged Tengah PGA melibatkan Senior Asisten Komisioner (SAC) Zulkifli Jonit kepada SAC Hakemal Hawari.

Mohamad Suzrin berkata, Briged Tengah PGA telah menunjukkan prestasi cemerlang apabila banyak perancangan perolehan serta peruntukan perbelanjaan digunakan secara berhemah.

Zulkifli meluangkan masa memeriksa perbarisan dan beramah mesra bersama anggota pada majlis perbarisan persaraan dan serah terima tugas Komander Briged Tengah PGA serta pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Foto: HISYAMUDDIN AYUB.
Zulkifli meluangkan masa memeriksa perbarisan dan beramah mesra bersama anggota pada majlis perbarisan persaraan dan serah terima tugas Komander Briged Tengah PGA serta pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto: HISYAMUDDIN AYUB.

Menurut beliau, perancangan perolehan baik itu termasuk kerja penyelenggaraan kuaters perumahan Briged Tengah dari dua unit dan dijadikan satu unit.

Selain itu katanya, kerja-kerja pembaikan turut dilakukan untuk sistem pendawaian, pembaikan siling dan bumbung bangunan serta penggantian lampu limpah.

"Pembaikan dan penyelenggaraan pos-pos penugasan di semua batalion dilaksanakan sebelum ini.

"Semua ini demi memberi perkhidmatan dan keselesaan yang baik kepada semua pegawai dan anggota serta penghuni di Briged Tengah," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!