Tambah baik Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah tangani keldai akaun

Ramli (kiri) bercakap kepada media dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Jumaat.
Ramli (kiri) bercakap kepada media dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah berkait jenayah siber dilihat dapat memperkukuh tindakan terhadap 'keldai akaun' khususnya dengan lebih serius.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ada beberapa seksyen terlibat dalam penambahbaikan ini.

"Perjumpaan telah dibuat oleh JSJK kepada Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk kita menerangkan apa cadangan baharu.

"Secara peribadinya MDN telah ambil maklum dan mungkin akan dibentangkan di Parlimen mengenai penambahbaikan dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah ini," katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Jumaat.

Mengulas apakah penambahbaikan itu, kata Ramli, terutamanya adalah membabitkan tindakan ke atas keldai akaun.

Tambahnya, buat masa ini undang-undang yang ada tidak mencukupi kerana kebanyakan pertuduhan dibuat di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pada Jumaat, kerajaan memaklumkan akan memperhalusi pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah dan Kanun Keseksaan bagi menangani kes jenayah siber yang semakin meningkat, seiring perkembangan teknologi dan kompleksiti jenayah berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia hasil perbincangan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencadangkan pindaan dilakukan terhadap undang-undang itu.

Artikel Berkaitan:

Kata Saifuddin, kerajaan juga akan mempertimbangkan cadangan menambah keanggotaan di JSJK bagi memperkasa pasukan berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!