Dua lelaki hilang keluar cari siput belitung

Operasi pencarian tidak menemui sebarang maklumat tepat dan sehingga kini mangsa masih gagal dikesan. Foto Bomba Perak
Operasi pencarian tidak menemui sebarang maklumat tepat dan sehingga kini mangsa masih gagal dikesan. Foto Bomba Perak
A
A
A

MANJUNG - Dua lelaki dilaporkan hilang sejak Rabu lalu semasa keluar mencari siput belitung di Sungai Tuntung, Pantai Remis di sini.

Kehilangan mangsa, Abdul Talib Harun, 56, dan Azman Mat Jaab, 61, itu disedari ahli keluarga selepas didapati tidak pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, laporan dibuat anak mangsa sebelum operasi mencari digerakkan pada jam 2.40 petang pada Rabu.

Menurutnya, operasi mencari yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam itu dilakukan di sekitar laluan kampung.

"Operasi pencarian tidak menemui sebarang maklumat tepat dan sehingga kini mangsa masih gagal dikesan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) turut digunakan bagi membantu mencari mangsa hilang. Foto Bomba Perak
Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) turut digunakan bagi membantu mencari mangsa hilang. Foto Bomba Perak

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) turut digunakan bagi membantu mencari mangsa hilang.

Katanya, radius pencarian mangsa telah diperluas hingga ke alur Sungai Besar menuju ke alur Sungai Merah dengan jarak 3 kilometer perjalanan.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun mangsa masih belum dijumpai.

"Operasi yang masuk ke hari ketiga ini telah ditangguhkan pada jam 6 dan akan disambung semula 8.30 pagi esok (Sabtu)," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!