PATI kerja dalam pusat beli-belah dicekup

Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, pada Jumaat.
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pembantu kedai dan gerai medan selera di kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah pusat beli-belah di Taman Melati, di sini, dikejutkan dengan kehadiran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pada Jumaat.

Serbuan Op Selera dan Op Belanja itu dilaksanakan sepasukan JIM Kuala Lumpur bermula jam 3 petang.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi terbabit telah memeriksa 23 individu di sekitar premis.

Wan Mohammed Saupee
Wan Mohammed Saupee

Menurutnya, hasilnya seramai 16 PATI ditahan termasuk tiga wanita yang masing-masing membabitkan 10 warga Bangladesh, Indonesia (4), India (1) dan Pakistan (1).

“Kesemua mereka ditahan berusia antara 22 tahun hingga 45 tahun disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Selain itu, kita turut menahan dua lelaki tempatan berusia 40-an dipercayai merupakan majikan yang menggajikan PATI terbabit," katanya pada Jumaat.

Kesemua mereka ditahan berusia antara 22 tahun hingga 45 tahun disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Kesemua mereka ditahan berusia antara 22 tahun hingga 45 tahun disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, penahanan majikan ini bagi membantu siasatan kes terbabit.

Tambahnya, kesemua tangkapan dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan soal siasat.

"Pemilik-pemiik premis dan majikan diingatkan supaya tidak menggajikan PATI atau warga asing yang tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melindungi pendatang tanpa izin atau membenarkan, memasuki dan berada di dalam premis tanpa dokumen yang sah,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!