Anggota tentera hilang ketika bertugas dalam Op Ukur sempadan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

LIMBANG - Seorang anggota tentera Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Kidurong, Bintulu, hilang ketika sedang bertugas dalam Op Ukur di sini bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Sarawak.

Anggota yang hilang itu dikenali Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim sedang melaksanakan tugasan sebagai pengiring penandaan dan pengukuran sempadan Malaysia-Brunei Darussalam di kawasan pengukuran Ulu Tutong (E500) ke Bebuloh (E600) Limbang mulai 11 Jun hingga 2 September 2024 yang dilaksanakan di bawah kawalan Markas 31 Briged Sempadan.

Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) ketiadaan anggota dikesan pada Selasa lalu lebih kurang jam 12 tengah hari ketika ketua kumpulan mendapati anggota tiada di posisi belakang kumpulan.

"Kejadian berlaku pada kedudukan di jarak dua kilometer di atas permatang sempadan Malaysia-Brunei dari tanda sempadan E500 menghala ke arah E600,” menurut kenyataan tersebut.

Menurutnya, usaha mencari dan mengesan anggota telah segera dilaksanakan oleh kumpulan tersebut yang terdiri daripada dua anggota TDM dan lima anggota JUPEM namun gagal menemui anggota itu.

"Usaha pencarian juga kemudiannya telah dipergiatkan oleh TDM mulai Rabu lalu di kawasan tersebut dengan melibatkan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi lain yang dikoordinasikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga telah mengatur gerak aset mereka dalam membantu usaha pencarian bersama TDM,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!