Kuala Lumpur alami gangguan bekalan air

Info grafik mengenai gangguan bekalan air di wilayah Kuala Lumpur yang menyebabkan LRA Bukit Nanas dihenti tugas berikutan insiden peningkatan warna dalam air terawat pada Jumaat.
Info grafik mengenai gangguan bekalan air di wilayah Kuala Lumpur yang menyebabkan LRA Bukit Nanas dihenti tugas berikutan insiden peningkatan warna dalam air terawat pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dihenti tugas berikutan insiden peningkatan warna dalam air terawat pada Jumaat.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, sebahagian kawasan di wilayah Kuala Lumpur sedang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak jam 7.30 malam.

Bagaimanapun Air Selangor memaklumkan, pihaknya masih sedang menyiasat punca insiden tersebut.

"Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: