IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024 tampil kelainan

Chun Fai (kiri) bersama Sean Wang ketika merasmikan IJM Allianz Duo Highway Challange 2024.
Chun Fai (kiri) bersama Sean Wang ketika merasmikan IJM Allianz Duo Highway Challange 2024.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] EDISI keenam IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024 pada 8 September depan melakar kelainan buat pertama kali apabila melibatkan jajaran dua lebuhraya Lebuhraya New Pantai Expressway (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) kendalian Kumpulan IJM Corporation Berhad (IJM).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Lee Chun Fai, pihaknya teruja dengan penganjuran kali ini selepas status larian ditingkatkan daripada separuh maraton kepada maraton penuh sejauh 42 kilometer (km).

“Kali ini cabarannya pasti lebih sukar berbanding edisi lalu. Kita sasaran kali ini lebih 10,000 peserta menyertainya, dan sekarang kita sudah ada 8,000 peserta yang sudah mendaftar.

“Jumlah itu akan meningkat dan kita tidak sabar untuk menganjurkan larian bagi edisi kali ini

“Cabaran ini merupakan antara komitmen kami bagi menggalakkan gaya hidup sihat selain memastikan persekitaran yang selamat dan memuaskan untuk semua peserta,” katanya pada sidang media pelancaran IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024, di Petaling Jaya.

Chun Fai (tujuh dari kiri di barisan belakang ) Sean Wang bersama barisan penaja lain semasa majlis perkenalan IJM Allianz Duo Highway Challange 2024.
Chun Fai (tujuh dari kiri di barisan belakang ) Sean Wang bersama barisan penaja lain semasa majlis perkenalan IJM Allianz Duo Highway Challange 2024.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Sean Wang berkata, Allianz Malaysia sebagai penaja bersama sangat teruja untuk bergabung semula dengan IJM Corporation Berhad bagi menganjurkan IJM Allianz Duo Highway Challenge.

“Kami bersemangat untuk menampilkan cabaran menyemarakkan semangat daya saing pelari yang berdedikasi

Artikel Berkaitan:

“Kami juga menyimpan hasrat untuk melihat saingan kali ini tercatat dalam 'Malaysian Book of Records' kerana ia adalah larian maraton penuh pertama di negara ini,” katanya.

Sementara itu, bekas atlet negara dalam acara maraton, Muhaizar Mohamad yang pernah meraih dua pingat gangsa, masing-masing di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Kuala Lumpur dan Sukan SEA Manila 2019, menyifatkan penganjuran kali ini cukup mencabar terutama dengan kategori baharu maraton penuh.

"Larian penuh adalah antara saingan yang termaktub dalam sukan teras, jadi secara tidak langsung memberi perangsang kepada generasi baharu.

"Selain itu, penyertaan peserta juga akan dapat meningkatkan mutu larian untuk pergi lebih jauh seperti saya dulu sehingga dapat mewakili negara ke Sukan SEA dalam acara maraton penuh,” kata bekas atlet itu yang dilantik sebagai duta larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!