Penduduk dakwa gua Safarwadi boleh 'tembus' ke Makkah
TASIKMALAYA - Sebuah video yang memaparkan orang ramai membanjiri sebuah gua yang dinamakan Safarwadi Pamijahandi di Tasikmalaya, Jawa Barat menjadi tular selepas tersebarnya dakwaan bahawa gua berkenaan dapat 'menembusi' laluan ke Makkah.
Menerusi klip yang dikongsi melalui platform Instagram itu, memperlihatkan sejumlah anak muda dan orang dewasa sedang membaca kalimat suci al-Quran selain melantunkan lafaz talbiyah.
Lafaz ini adalah lafaz tauhid yang sentiasa dilaungkan sepanjang musim haji, sama ada ketika berihram, tawaf, sai, wukuf, bermalam di Muzdalifah, melontar, berada di Mina dan seluruhnya.
Menurut laporan media tempatan, gua berkenaan akan dibanjiri orang ramai terutamanya pada musim haji didorong dakwaan berkenaan.
"Sekiranya pada hari biasa boleh dikatakan mencapai 10,000 orang yang akan berkunjung tetapi ia akan bertambah berkali ganda terutama pada hari kebesaran umat Islam.
"Mereka yang datang adalah terdiri daripada seluruh pelosok daerah," demikian menurut kenyataan dalam video tersebut.
Gua Safarwadi memiliki dua pintu yang mana pintu masuk adalah dari Kampung Pamijahan dan pintu keluar ada di Kampung Panyalahan, sementara panjang gua berkenaan sekitar 284 meter dan mempunyai lebar seluas 24.5 meter.
Susulan itu warga maya, menyifatkan dakwaan itu sebagai dogengan serta mengingatkan kepada masyarakat bahawa jangan mudah terpedaya dengan dakwaan pelik sebegitu.
"Biar betul dapat 'tembus' ke Makkah, hati-hati jika berniat sedemikian," kata seorang warga maya.
Dalam pada itu, menurut seorang lagi netizen secara sinis berkata 'salah satu syarat menunaikan ibadah adalah orang yang berakal,".
Dalam pada itu seorang lagi berkata, jika gua itu benar dapat menembusi ke Makkah, agen perniagaan haji dan umrah bakal bankrap. - Agensi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
@sinarharianonline Sebuah video yang memaparkan orang ramai membanjiri sebuah gua yang dinamakan Safarwadi Pamijahandi di Tasikmalaya, Jawa Barat menjadi tular selepas tersebarnya dakwaan bahawa gua berkenaan dapat 'menembusi' laluan ke Makkah. Menerusi klip yang dikongsi melalui platform Instagram itu, memperlihatkan sejumlah anak muda dan orang dewasa sedang membaca kalimat suci al-Quran selain melantunkan lafaz talbiyah lafaz tauhid yang sentiasa dilaungkan sepanjang musim haji dan umrah. Menurut laporan media tempatan, gua berkenaan akan dibanjiri orang ramai terutamanya pada musim haji didorong dakwaan berkenaan. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Indonesia #Safarwadi
original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!