Teater Najis Jadi Teman papar cabaran proses rawatan kumbahan

Peserta menjayakan teater Najis Jadi Teman bersama kutipan jualan tiket hari pertama yang akan disumbangkan ke dana YCK.
Peserta menjayakan teater Najis Jadi Teman bersama kutipan jualan tiket hari pertama yang akan disumbangkan ke dana YCK.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd papar perjalanan dan cabaran proses rawatan kumbahan menerusi menerusi teater komuniti amal, ‘Najis Jadi Teman’ sempena menyambut ulang tahun ke-30 penubuhan.

Persembahan berkonsep tarian dan muzikal ini merupakan usahasama IWK bersama Wayang Kitchen dan Yayasan Chow Kit (YCK) berlangsung di Dewan Merbau, di IWK Eco Park @ Pantai Dalam.

Melalui teater ini, produksi membawa penonton menusuri perjalanan mencabar dan kritikal pekerja loji kumbahan yang sering digambarkan sebagai kotor, sukar dan berbahaya.

Persembahan teater Najis Jadi Teman bawa Atilia (Atilia), Phraveen Arikiah (kanan) dan Alfred (tengah) sebagai pemegang watak utama.
Persembahan teater Najis Jadi Teman bawa Atilia (Atilia), Phraveen Arikiah (kanan) dan Alfred (tengah) sebagai pemegang watak utama.

Di samping itu, penceritaan menekankan pentingnya sanitasi yang betul untuk kesihatan awam dan pemeliharaan alam sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, M Narendran berkata, teater tersebut bukan sahaja untuk meraikan tiga dekad perkhidmatan IWK tetapi juga berfungsi sebagai satu cara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pengurusan kumbahan yang cekap.

“Kebanyakan kerja-kerja kami di IWK beroperasi di belakang tabir dan sering tidak disedari namun amat penting dalam pemeliharaan kesihatan awam dan alam sekitar.

"Dalam kami meraikan ulang tahun ke-30 syarikat, kami teruja untuk menunjukkan komitmen kami terhadap kesejahteraan rakyat secara amnya melalui kolaborasi bermakna dan kreatif seperti teater amal ini,” katanya pada Malam Pembukaan teater Najis Jadi Teman pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Persembahan teater Najis Jadi Teman bawa Atilia, Phraveen Arikiah dan Alfred sebagai pemegang watak utama.
Persembahan teater Najis Jadi Teman bawa Atilia, Phraveen Arikiah dan Alfred sebagai pemegang watak utama.

Pengarah produksi teater ini merupakan pengiat teater terkenal, Razif Hashim dan turut menampilkan penglibatan penyanyi dan pelakon seperti Atilia Haron, Phraveen Arikiah dan Alfred Loh sebagai pemegang watak utama.

Turut menyertai persembahan terdiri bakat-bakat cilik dari YCK iaitu sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) tempatan yang berdedikasi untuk menyokong kanak-kanak dan remaja yang berisiko di kawasan Kuala Lumpur.

Teater ini juga bertujuan mengumpul dana bagi mendokong aktiviti harian YCK.

Penonton sahaja menikmati hiburan tetapi peluang untuk menyumbang dengan semua hasil jualan tiket akan disalurkan kepada YCK.

Tiket dijual platform Cloud Joi sehingga 22 Jun 2024 dengan harga RM100 setiap satu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!