PRK Sungai Bakap: Dua calon serah borang pencalonan
NIBONG TEBAL - Suasana hari penamaan calon di Pusat Penamaan Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, di sini pada Sabtu tenang tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.
Sehingga jam 9.30 pagi, hanya dua calon iaitu Dr Joohari Ariffin daripada Kerajaan Perpaduan dan calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail telah menghantar borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim.
Dr Joohari menyerahkan borang penamaan pada jam 9.05 pagi sambil diiringi pencadang, Setiausaha Cabang PKR Nibong Tebal, S Galaimani dan penyokong, Ketua Puteri UMNO, Ameera Nadia Mohd Shafiee.
Sementara itu, Abidin pula menyerahkan borang penamaan pada jam 9.15 pagi dengan diringi pencadang, Bendahari Jentera Pilihan Raya PN, Abdul Rahman Hashim dan penyokong Setiausaha Jentera Pilihan Raya PN, Amizan Ariffin.
Pusat penamaan calon dibuka bermula jam 9 hingga 10 pagi bagi membolehkan bakal calon menyerahkan borang pencalonan mereka.
*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.
@sinarharianonline Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Pulau Pinang membuka tirainya hari ini dan berikut biodata calon-calon yang bertanding. Jom kenali calon-calon anda sebelum membuang undi pada 6 Julai nanti. #SinarHarian #SinarTerkini #PRKSungaiBakap #PilihanRayaKecil #PN #PH #PulauPinang #fyp
Epic Music(863502) - Draganov89
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!