Pertembungan dua penjuru, PH lawan PN di PRK Sungai Bakap

Kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin (kanan) dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail (kiri).
Kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin (kanan) dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail (kiri).
A
A
A

NIBONG TEBAL - Kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertandingan dua penjuru dengan dua calon iaitu Dr Joohari Ariffin daripada Kerajaan Perpaduan dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail.

Dr Joohari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala Abidin daripada Pas.

Mereka telah menghantar borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim yang kemudiannya telah mengesahkan penyertaan mereka.

Dr Joohari menyerahkan borang penamaan pada jam 9.05 pagi sambil diiringi pencadang, Setiausaha Cabang PKR Nibong Tebal, S Galaimani dan penyokong, Ketua Puteri UMNO, Ameera Nadia Mohd Shafiee.

Kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin (kanan) dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail (kiri)
Kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin (kanan) dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail (kiri)

Sementara itu, Abidin pula menyerahkan borang penamaan pada jam 9.15 pagi dengan diringi pencadang, Bendahari Jentera Pilihan Raya PN, Abdul Rahman Hashim dan penyokong Setiausaha Jentera Pilihan Raya PN, Amizan Ariffin.

Ketika sesi cabutan undi untuk menentu nombor dalam kertas undi, Dr Joohari memperolehi nombor satu manakala Abidin nombor dua.

Kesemua calon tersebut disahkan penyertaan mereka oleh Khairulnizam di pekarangan Dewan Serbaguna Jawi pada jam 10.18 pagi.

Artikel Berkaitan:

Kerusi DUN Sungai Bakap telah dikosongkan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri pada 24 Mei lalu.

Nor Zamri meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya selepas dirawat lebih tiga minggu kerana komplikasi di dalam perut.

Nor Zamri dari Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.

Susulan daripada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Bakap akan diadakan pada 6 Julai ini.

Sementara penamaan calon pula ditetapkan pada 22 Jun.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.

@sinarharianonline

Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Pulau Pinang membuka tirainya hari ini dan berikut biodata calon-calon yang bertanding. Jom kenali calon-calon anda sebelum membuang undi pada 6 Julai nanti. #SinarHarian #SinarTerkini #PRKSungaiBakap #PilihanRayaKecil #PN #PH #PulauPinang #fyp

Epic Music(863502) - Draganov89