Kante kembali jadi nadi Perancis

N'golo Kante FOTO: AFP
N'golo Kante FOTO: AFP
A
A
A

PEMAIN tengah Perancis, N'Golo Kante tampil menyerlah dalam perlawanan menentang Belanda pada Sabtu namun kehilangan Kylian Mbappe akibat kecederaan hidung dirasai pasukan tersebut.

Kedua-dua pasukan seri 0-0 dalam aksi kedua Kumpulan D selepas dua perlawanan dan berpeluang menempah tiket ke pusingan 16 Euro 2024.

Kante yang sebelum ini diketepikan selama dua tahun daripada pasukan kebangsaan kini menjadi tunjang utama dengan anugerah pemain terbaik dua perlawanan berturut-turut.

Karier Kante bersama Les Bleus kelihatan samar selepas dia meninggalkan Eropah untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Ittihad 12 bulan lalu.

Kecederaan telah menjejaskan penghujung tempohnya di Chelsea dan menyebabkannya kehilangan tempat di Piala Dunia dua tahun lalu.

Keputusan Deschamps untuk membawa pulang pemain berusia 33 tahun itu telah terbukti memberi inspirasi walaupun terdapat keraguan mengenai tindakan itu.

"N'Golo masih di luar sana berlari," kata Deschamps berjenaka.

"Tetapi dia bukan sahaja berlari. Dia juga mempunyai keupayaan untuk membawa bola dan penting untuk melengkapkan pemain kami yang lain di bahagian tengah supaya kami mempunyai kelainan dan kami tidak selalu boleh diramal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Persoalan telah dibangkitkan mengenai pemain hebat seperti Kante berhijrah ke Liga Pro Saudi akan tenggelam.

Namun, Kante telah menunjukkan bahawa Liga Saudi yang kurang mencabar boleh memberi manfaat berbanding pemain yang letih akibat musim yang sibuk dalam lima liga teratas Eropah.

“Ia penting (untuk membuat tanggapan yang baik), terutamanya apabila anda kembali ke pasukan kebangsaan,” kata Kante.

Bagaimanapun, Deschamps turut mengakui Kante tidak mampu untuk menyerlah seorang diri di atas padang dan tetap memerlukan sokongan rakan sepasukan selain turut terasa dengan kehilangan Mbappe.

Finalis Piala Dunia 2022 itu hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam dua perlawanan mereka malah ia datang menerusi pemain pertahanan Austria Maximilian Wober.

"Jelas sekali pasukan berada dalam momentum yang berbeza apabila Kylian beraksi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!