Portugal tidak akan sisihkan Ronaldo

Ronaldo. Foto: AFP
Ronaldo. Foto: AFP
A
A
A

PENGENDALI Portugal, Roberto Martinez tidak akan meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan dan menyifatkan pemain itu cukup cergas untuk bermain penuh selama 90 minit di Euro 2024.

Ronaldo, 39, bermain sepanjang perlawanan dalam kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech dalam perlawanan pembukaan Euro 2024.

Ditanya menjelang perlawanan pada awal pagi Ahad menentang Turkiye sama ada Ronaldo mampu bermain selama 90 minit, Martinez memberitahu sidang akhbar: "Adakah anda tahu berapa minit Cristiano bermain musim lalu? Dia mempunyai pengalaman, tidak ada pemain lain dalam sejarah bola sepak dengan enam Kejohanan Eropah.

"Adalah penting untuk memahami apa yang dibawa oleh pemain. Cristiano membawa pengalaman, membawa peluang gol dan cara membuka ruang.

"Cristiano berada dalam pasukan kebangsaan kerana dia layak berada di sini, lihat sahaja apa yang telah dia lakukan dan apa yang dia telah tunjukkan dalam perlawanan sebelum ini," katanya.

Ronaldo mencatatkan rekod Liga Pro Saudi dengan 35 gol untuk Al Nassr dalam kempen penuh pertamanya di kelab itu dan merupakan penjaring terbanyak sepanjang masa di pentas antarabangsa dengan 130 gol.

Martinez berkata dia sangat kagum dengan persembahan dipamerkan Ronaldo.

“Dia sangat berdisiplin, bekerja keras dan pemain dalam kotak penalti yang sangat penting.

Artikel Berkaitan:

"Dia membuka ruang. Apabila Francisco (Conceicao) menjaringkan gol, ruang terbuka kerana Cristiano berada di kawasan itu. Kami bekerja dengan fokus dan Cristiano adalah penting untuk kami, dalam apa yang kami cuba lakukan dalam kotak penalti," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!