COURTS Malaysia buka cawangan baharu, tawar potongan harga menarik

Anurag (dua dari kiri) ketika majlis perasmian dan pembukaan besar-besaran COURTS Malaysia cawangan Taman Sri Muda, Seksyen 25 pada Sabtu.
Anurag (dua dari kiri) ketika majlis perasmian dan pembukaan besar-besaran COURTS Malaysia cawangan Taman Sri Muda, Seksyen 25 pada Sabtu.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] COURTS Malaysia Sdn Bhd kini membuka cawangan baharu di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dengan tawaran potongan harga yang lebih menarik dan berpatutan bermula 22 Jun hingga 10 Julai depan.

Ketua Pegawai Operasinya, Anurag Srivastava berkata, pihaknya turut memperkenalkan inisiatif Payung Rahmah selari dengan hasrat Malaysia Madani iaitu menyediakan barangan pada harga rendah kepada pelanggan khususnya golongan B40.

Menurut beliau, harga bermula dari RM45 bagi kelengkapan barangan rumah yang ringan seperti sterika dan periuk nasi, manakala mesin basuh jenama LG seberat 8 kilogram (KG) sekitar RM799 sahaja.

“Ahli COURTS juga menikmati promosi istimewa sepanjang hari pembukaan contohnya ‘Purchase With Purchase’ (PWP), harga rata RM99, mata ganjaran, penghantaran percuma serta tawaran ulang tahun kelahiran.

“Lebih banyak lagi produk akan diperkenalkan dalam masa terdekat pada harga yang berpatutan menjelang hujung tahun ini,” katanya ketika majlis perasmian besar-besaran COURTS Malaysia, di sini pada Sabtu.

Hadir sama ke majlis berkenaan ialah Pengarah Komersial COURTS Malaysia, Sam Chee Foo dan Pengurus Kawasan COURTS Malaysia bahagian Semenanjung, Nurul Asri Mohamad Nazri.

COURTS Malaysia di bawah naungan jenama besar dari Yokohama, Jepun iaitu Nojima APAC Limited kini mempunyai 47 cawangan seluruh negara sejak pembukaannya pada 1987 lampau dan fokus terhadap penjualan produk elektrik, perabot serta barangan kelengkapan rumah.

Pra peluncuran cawangan terbabit telah berlangsung pada 20 Jun lalu dan pelanggan boleh hadir bagi membeli barangan pada harga lumayan bermula hari ini.

Artikel Berkaitan:

Anurag memaklumkan, pelbagai aktiviti ringan turut disediakan buat pelanggan yang mahu merebut peluang memenangi ganjaran istimewa termasuk promosi ‘belanja dan menang’ serta pemberian ais krim secara percuma sepanjang hari.

“Justeru, COURTS Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang sudi menyertai dan menyokong pembukaan besar-besaran cawangan kami ini.

“Diharapkan agar pelanggan berpuas hati dengan kualiti produk jualan dan perkhidmatan serta sentiasa menjadikan COURTS Malaysia pilihan utama kepada orang ramai,” ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!