Beli tiket bola sepak sambil derma RM1 untuk Palestin

KDN FC kini giat menjalani latihan sebagai persediaan melawan PDRM Football Club pada Ahad. Foto Kelantan Darul Naim FC
KDN FC kini giat menjalani latihan sebagai persediaan melawan PDRM Football Club pada Ahad. Foto Kelantan Darul Naim FC
A
A
A

PEMINAT bola sepak berpeluang membantu rakyat Palestin melalui pembelian tiket perlawanan Liga Super 2024/25, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) melawan PDRM FC.

Presiden KDN FC, Rozi Muhamad berkata, sejumlah RM1 akan disumbangkan kepada Tabung Palestin bagi setiap pembelian satu tiket untuk perlawanan pada Ahad.

Menurut beliau, inisiatif sumbangan itu merupakan idea bersama untuk dalam usaha menunjukkan solidariti terhadap Palestin yang masih menderita dalam peperangan.

"Orang ramai yang membeli tiket boleh bersama menderma untuk rakyat Palestin selain memberi sokongan kepada pasukan," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Jelas beliau, pelaksanaan usaha itu membuktikan KDN FC dan penyokong Sang Kijang Emas sentiasa memberi semangat kepada perjuangan Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Harga tiket bagi perlawanan KDN FC dan PDRM Football Club ialah RM10 untuk tempat duduk terbuka dan RM25 untuk astaka.

Sementara itu katanya, KDN FC kini giat menjalani latihan sebagai persediaan dan berharap dapat memenangi perlawanan itu.

Artikel Berkaitan: