Tolak kerjasama syarikat Israel, ekonomi Malaysia tidak terjejas - Tun M

Dr Mahathir (enam dari kiri) bersama peserta Projek 66.6 ketika Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan di Putrajaya pada Sabtu.
Dr Mahathir (enam dari kiri) bersama peserta Projek 66.6 ketika Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan di Putrajaya pada Sabtu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ekonomi negara Malaysia tidak akan terjejas malah masih boleh bergerak maju tanpa bekerjasama dengan syarikat milik Israel.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak sepatutnya berurusan dengan negara yang melakukan jenayah genosid.

Katanya, lagipun Malaysia tidak pernah mengakui Israel adalah sebuah negara.

"Dulu tiada Israel kita masih boleh bergerak maju, nak kata kerana Israel ekonomi kita akan terjejas itu adalah tidak benar.

"Pandailah kita usahakan untuk atasi masalah pemisahan kita daripada Israel. Itu adalah satu negara haram, mencuri tanah orang Palestin... sebab itu kita tidak boleh akui bahawa Israel adalah negara.

"Sekarang ini memang baik keputusan kita tiada hubungan dengan Israel, harus boikot atau lakukan sekatan terhadap Israel kerana mereka bersikap seperti binatang tanpa mengambil kira belas kasihan ataupun hak asasi manusia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Peserta Projek 66.6 di sini pada Sabtu.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, di sebalik tindakannya memutuskan semua hubungan dengan syarikat milik Israel di negara itu, ekonomi Malaysia akan terjejas jika perkara sama dilakukan ke atas semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di luar negara.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ini khususnya jika membabitkan syarikat-syarikat berkaitan Israel yang beroperasi, di luar daripada negara itu.

Diminta mengulas berhubung pertemuan beliau dengan wakil syarikat BlackRock sekitar tahun 2018, Dr Mahathir menegaskan, perjumpaan itu tidak mencapai apa-apa keputusan perjanjian pelaburan.

"Saya rasa mesyuarat itu adalah untuk mengetahui apa yang mereka boleh lakukan tetapi tiada perjanjian sebenar.

"Pada masa itu 2018, Israel tidak melakukan genosid namun sekarang kita lihat bagaimana kejamnya Israel. Dasar boleh berubah dari semasa ke semasa," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Tolak kerjasama syarikat Israel, ekonomi Malaysia tidak terjejas - Tun M #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Ekonomi #Israel #Syarikat #TunM #Genosid

Conquerors - Matthias Förster

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!