SWCorp teliti rakaman CCTV, kesan pengguna degil buang sampah di LTU

Sharudin Hamid. Laporan Sinar Harian.
Sharudin Hamid. Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KUANTAN - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Kuala Lipis - Gua Musang bagi mengesan pengguna tidak bertanggungjawab yang terus berdegil membuang sampah di tepi laluan itu.

Pengarahnya, Sharudin Hamid berkata, berdasarkan bukti rakaman terdapat segelintir pengguna masih berdegil.

Menurutnya, usaha mengesan mereka sedang dijalankan dan tindakan kompaun oleh Majlis Daerah Lipis (MDL) dijangka diambil kepada pihak terlibat.

"Pihak kami sedang meneliti rakaman CCTV di lokasi bagi mengenal pasti pihak terbabit termasuk melalui nombor pendaftaran kenderaan dan sebagainya

"Sebarang bukti rakaman akan disalurkan kepada pihak MDL untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Pembersihan 2024 di Dewan Indera Mahkota 2 di sini pada Sabtu.

Sharudin berkata, secara keseluruhannya sejak inisiatif itu dilaksanakan, masalah sampah di laluan tersebut kembali terkawal.

Tambah beliau, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan tahap pematuhan pengguna terhadap larangan pembuangan sampah di tepi laluan itu.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih juga kepada pihak Alam Flora yang membantu melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyediakan tong sampah di lokasi itu untuk kemudahan pengguna," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!