Tukang besi rogol remaja perempuan Rohingya diberkas

Seorang tukang besi warga Myanmar ditahan kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan Rohingya berusia 14 tahun di Taman Tasik Permai, di Ampang, pada 26 Mei lalu. (Gambar kecil: Mohd Azam) Gambar hiasan. Foto 123RF
Seorang tukang besi warga Myanmar ditahan kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan Rohingya berusia 14 tahun di Taman Tasik Permai, di Ampang, pada 26 Mei lalu. (Gambar kecil: Mohd Azam) Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

AMPANG - Seorang tukang besi warga Myanmar ditahan kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan Rohingya berusia 14 tahun di Taman Tasik Permai, di sini, pada 26 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 3 pagi, suspek telah menipu dengan memberitahu mangsa yang ayahnya sedang sakit dan berada di rumah lelaki itu.

"Semasa tiba di rumah tersebut, suspek telah menarik tangan dan menutup mulut mangsa dengan menggunakan kain sehingga remaja itu tidak boleh berbuat apa-apa serta merogolnya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Azam berkata, mangsa sudah berkahwin.

"Suspek merupakan kawan suami mangsa," katanya.

Mohd Azam berkata, pihaknya telah memberkas suspek berusia 20 tahun di Kampung Baru Ampang, di sini, pada jam 6 petang, Jumaat.

"Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah, suspek direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: