'Terima kasih Tun M luang masa ziarah saya' - Faisal Halim

Tun Dr Mahathir ketika menziarahi Faisal Halim di kediamannya pada Sabtu.
Tun Dr Mahathir ketika menziarahi Faisal Halim di kediamannya pada Sabtu.
A
A
A

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana sudi menziarahi beliau di kediamannya pada Sabtu.

Perkara itu dikongsikan Faisal atau lebih mesra disapa Mickey menerusi hantaran di Facebook miliknya.

“Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan daripada insan hebat hari ini.

“Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga.

Gambar yang dikongsikan Faisal Halim menerusi Facebook pada Sabtu.
Gambar yang dikongsikan Faisal Halim menerusi Facebook pada Sabtu.

“Insya-ALLAH saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan,” katanya.

Pada 5 Mei lalu, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.

Susulan kejadian itu, Faisal terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari dan menjalani empat pembedahan akibat insiden berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Tun Dr Mahathir kerana sudi menziarahi Faisal Halim di kediamannya pada Sabtu.
Tun Dr Mahathir kerana sudi menziarahi Faisal Halim di kediamannya pada Sabtu.

Pada 13 Jun, penjaring gol terbaik Piala Asia 2023 di Qatar itu telah membuat penampilan pertama di khalayak umum ketika sidang akhbar khas di Pusat Latihan Selangor FC.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!