Petron Rinching sedia khidmat pandu lalu e-waste

Jamaliah (kanan) bergambar bersama salah seorang penduduk yang menghantar e-waste di program pengumpulan e-waste secara pandu lalu di stesen minyak Petron Rinching di sini pada Sabtu.
Jamaliah (kanan) bergambar bersama salah seorang penduduk yang menghantar e-waste di program pengumpulan e-waste secara pandu lalu di stesen minyak Petron Rinching di sini pada Sabtu.
A
A
A

PETRON Malaysia bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) meningkatkan kesedaran tabiat pelupusan elektrik dan elektronik (e-waste) dengan cara betul menerusi program pengumpulan e-waste secara pandu lalu di stesen minyak Petron Rinching di sini pada Sabtu.

Menerusi program berkenaan, penduduk berhampiran Semenyih boleh membawa barangan elektrik dan elektronik yang sudah rosak atau tidak digunakan lagi ke stesen minyak berkenaan bermula jam 9 pagi hingga 1 petang.

Program diadakan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia itu menawarkan ganjaran wang tunai bagi setiap barangan e-waste yang dihantar.

Ketua Perniagaan Runcit Petron. Malaysia, Shaliza Mohd Sidek berkata, Petron berbesar hati meluaskan kemudahan pengumpulan e-waste di kalangan penduduk komuniti.

Menurutnya, sebagai menyokong kelestarian sejak 2021, kakitangan Petron telah berjaya mengumpul sebanyak 4,500 kilogram e-waste menerusi pelbagai aktiviti operasi dalam syarikat yang dijalankan.

Jamaliah (dua dari kanan) menyempurnakan gimik pelancaran projek rintis pengumpulan e-waste di stesen minyak terpilih di Selangor pada Sabtu.
Jamaliah (dua dari kanan) menyempurnakan gimik pelancaran projek rintis pengumpulan e-waste di stesen minyak terpilih di Selangor pada Sabtu.

"Berat e-waste di Malaysia telah melepasi berat Menara Berkembar iaitu melebihi 365,000 tan setiap tahun dan angka ini akan terus meningkat seiring pembangunan negara.

"Kami berharap rangkaian stesen minyak kami boleh dijadikan tempat kutipan e-waste yang mudah untuk digunakan kepada pelanggan kami, katanya pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Beliau ditemui pada Majlis Pelancaran Projek Perintis Program Pengumpulan E-Waste di Stesen Minyak Terpilih di Selangor yang berlangsung di Petron Rinching di sini pada Sabtu.

Perasmiannya telah disempurnakan Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin serta turut dihadiri Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar.

Sementara itu, Jamaliah berkata, Selangor merupakan negeri pertama melaksanakan program pengumpulan e-waste di stesen minyak terpilih sebagai galakan kepada orang ramai melupuskan sisa barangan itu dengan kaedah mesra alam.

Katanya, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk memperluaskan program sama di sektor peruncitan dan pusat beli-belah yang menjadi lokasi tumpuan orang awam.

"Saya bersama JAS telah mengadakan perbincangan dengan pengendali stesen minyak bagi mendapatkan input mengenai projek perintis ini.

"Kita berharap dengan adanya lebih banyak pusat pengumpulan ini, tiada lagi sebab untuk kita membuang e-waste secara sembarangan seperti mencampak ke dalam sungai, tapak pelupusan atau pembakaran secara sesuka hati," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!