Mbappe tuntut tunggakan gaji RM506 juta daripada PSG

Mbappe FOTO: AFP
Mbappe FOTO: AFP
A
A
A

KYLIAN Mbappe dilaporkan telah memberikan notis rasmi kepada Paris Saint-Germain (PSG) untuk kelab itu melunaskan tunggakan gaji bernilai £85 juta (RM506 juta) yang masih belum dibayar kepadanya.

Kapten Perancis itu menyertai Real Madrid dengan perpindahan percuma pada penghujung musim selepas menamatkan kontraknya di kelab Paris itu.

Mbappe dan kelab itu berpisah secara baik, tetapi pemain berusia 25 tahun itu masih menunggu sebahagian daripada bonus dan gaji untuk dibayar kepadanya sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan PSG.

Penyerang Perancis dan kelab itu mencapai kata sepakat pada musim panas lalu yang bermakna sekiranya berhijrah ke kelab lain secara percuma, maka dia perlu melupakan sebahagian daripada bonus dan gajinya.

Tetapi pemain itu kini mahu wang yang terhutang kepadanya dibayar dan telah memberikan notis terakhir kepada kelab, seperti yang didakwa oleh media Perancis L'Equipe.

Penyelesaian muktamad sedang dirunding oleh kedua-dua pihak yang terlibat dan perbincangan difahamkan telah berlaku secara positif dengan hubungan Mbappe dan PSG masih dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, Mbappe sudah bersedia untuk memulakan kehidupan di Madrid apabila dilaporkan membeli sebuah rumah mewah di ibu negara Sepanyol itu.

Bagaimanapun, dia dijangka diberi rehat lanjutan daripada tugasan pramusim sekiranya Perancis memenangi Kejohanan Euro yang sedang berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Bintang Les Blues itu telah mengharungi kempen Euro 2024 yang sukar setakat ini selepas mengalami patah hidung dalam perlawanan pembukaan Euro 2024 Perancis menentang Austria.

Dia kemudian diletakkan di bangku simpanan ketika perlawanan pada Sabtu menentang Belanda yang berakhir tanpa jaringan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!