Maritim perluas kawasan pencarian nelayan hilang

Mohd Haniff (kanan) menunjukkan lokasi bot dinaiki empat nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Segenting pada Jumaat. Foto Bernama
Mohd Haniff (kanan) menunjukkan lokasi bot dinaiki empat nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Segenting pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

BATU PAHAT - Maritim Malaysia pada Sabtu memperluas kawasan pencarian untuk mengesan empat nelayan yang dilaporkan hilang dalam insiden bot terbalik di perairan Tanjung Segenting, semalam.

Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, sehingga 12 tengah hari Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) diperluas kepada 63 batu nautika.

Beliau berkata, Op Carilamat hari ini turut melibatkan dua aset udara milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Untuk sektor udara pencarian nelayan berkenaan merangkumi kawasan seluas 75 batu nautika...namun masih belum ada sebarang petunjuk keberadaan mangsa.

"Tetapi kami masih percaya dengan keadaan ombak dan cuaca mereka ini masih berada dalam perairan negara,” katanya ketika ditemui Bernama di Markas Op Carilamat di Zon Maritim Batu Pahat di sini pada Sabtu.

Menurut Mohd Haniff, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan meminta bantuan daripada pasukan penyelamat negara jiran sekiranya perlu.

"Pasukan penyelamat juga ada meletakkan dua aset di pesisir pantai untuk operasi ini,” katanya.

Terdahulu, empat nelayan warga tempatan berusia 43 hingga 63 tahun dilaporkan hilang setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting, di sini sekitar 6 pagi, Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Op Carilamat yang dilaksanakan semalam meliputi 23 batu nautika. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!