Jalan Changkat sudah diserbu, JIM pergiat operasi menyeluruh

Antara warga asing yang ditahan JIM dalam operasi di Jalan Changkat, Bukit Bintang pada November lalu. Gambar kecil: Wan Mohammed Saupee
Antara warga asing yang ditahan JIM dalam operasi di Jalan Changkat, Bukit Bintang pada November lalu. Gambar kecil: Wan Mohammed Saupee
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan tiada tindakan diambil ke atas warga Afrika disyaki menawarkan aktiviti persundalan di Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini.

Sebaliknya, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi Ops Kutip telah dilakukan JIM Kuala Lumpur pada 24 November tahun lalu di lokasi terbabit.

Menurutnya, JIM telah menahan 12 individu melibatkan sembilan wanita warga Tanzania, wanita warga Uganda dan Nigeria masing-masing seorang serta seorang lelaki warga Yaman.

"Operasi turut memeriksa 26 individu pelbagai warganegara," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Rakaman video berdurasi satu minit 15 saat dimuat naik di aplikasi X mendakwa beberapa wanita warga Afrika terlibat aktiviti pelacuran di Jalan Changkat, Bukit Bintang.
Rakaman video berdurasi satu minit 15 saat dimuat naik di aplikasi X mendakwa beberapa wanita warga Afrika terlibat aktiviti pelacuran di Jalan Changkat, Bukit Bintang.

Beliau berkata, JIM Kuala Lumpur memandang serius sebarang isu berkait kesalahan membabitkan warga asing dan masyarakat digesa untuk terus salurkan maklumat kepada pihak imigresen.

Jelas beliau, terkini operasi sedang dilaksanakan secara menyeluruh di ibu negara membabitkan pelbagai tempat dan kawasan seperti premis mahu pun penempatan.

"Tindakan juga sedang diambil terhadap majikan selain siasatan mengikut Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dengan membekukan akaun serta aset pemilik premis," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, satu rakaman video berdurasi satu minit 15 saat dimuat naik pada Jumaat di aplikasi X mendakwa beberapa wanita warga Afrika terlibat aktiviti pelacuran di Jalan Changkat, Bukit Bintang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!