Angkasa sasar penglibatan 5,000 ahli sempena Kongres Koperasi Kebangsaan

Abdul Fatah (dua dari kiri) ketika dalam sidang media Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa (MAPA) ke-38 di Wisma Ungku A Aziz, Kelana Jaya, pada Sabtu.
Abdul Fatah (dua dari kiri) ketika dalam sidang media Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa (MAPA) ke-38 di Wisma Ungku A Aziz, Kelana Jaya, pada Sabtu.
A
A
A

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan kehadiran seramai 5,000 ahli sempena penganjuran Kongres Koperasi Kebangsaan pada tahun ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fatah Abdullah berkata, kongres yang buat kali pertama bertempat di Pusat Dagang Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu akan diadakan selama dua hari iaitu bermula 25 Julai ini.

Ujar Abdul Fatah, penganjuran pogram yang melibatkan ahli seluruh cawangan itu bertujuan untuk membincangkan beberapa isu dan cabaran termasuk dari segi jati diri, ekosistem serta kelestarian koperasi.

"Kita rasa Kongres Koperasi Kebangsaan ini merupakan platform terbaik yang ada untuk kita meminta pertimbangan daripada pihak kerajaan kerana kongres koperasi yang terakhir adalah pada tahun 1969 iaitu 55 tahun yang lalu.

"Sebelum ini kita juga ada buat libat urus di seluruh Malaysia. Sekurang-kurangnya, kita hendak dengar pandangan dan cadangan daripada ahli, kemudian kita mahu angkat kepada kerajaan bahawa inilah yang gerakan koperasi mahu kerajaan buat.

"Kita akan bincang mengenai hala tuju itu bukan untuk setahun tetapi untuk 100 tahun akan datang, apa yang koperasi perlu buat dan kita hendak memastikan koperasi di Malaysia juga sama penting dengan koperasi negara lain," katanya.

Abdul Fatah (tiga dari kiri) bersama pimpinan Angkasa ketika dalam sidang media Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa (MAPA) ke-38 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, pada Sabtu.
Abdul Fatah (tiga dari kiri) bersama pimpinan Angkasa ketika dalam sidang media Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa (MAPA) ke-38 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa (MAPA) ke-38 di Wisma Ungku A Aziz, Kelana Jaya, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ujar Abdul Fatah, MAPA ke-38 membincangkan agenda bagi meluluskan perniagaan baharu yang mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai usaha berterusan dalam memperkasa pertumbuhan sektor koperasi negara.

Menurut beliau, antara agenda tersebut ialah pelaksanaan Projek Inkubator Pusat Pemprosesan Coklat 'Single Origin Bean to Bar', Projek Inkubator Lembu Pedaging Fasa 1 dan Permohonan Kelulusan Kemudahan Kredit Pusingan (Revolving Credit).

Selain itu, ulasnya, permohonan Peruntukan Projek Pembangunan Perniagaan Koperasi dan Projek Keterjaminan Makanan serta permohonan pinjaman ke MyAngkasa Holding Sdn Bhd (MHSB) bagi penubuhan 10 Pusat Dialisis baharu.

"Pada tahun lepas kita meluluskan sebanyak RM18 juta untuk projek tahun lepas dan kali ini mencadangkan supaya anggaran peruntukan sebanyak RM30 juta.

"Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi bagi memperkukuhkan ekonomi koperasi serta meningkatkan daya saingnya di pasaran domestik dan antarabangsa," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!