[VIDEO] 'Tubuh JKDM di Sabah bukan untuk pecah belah akar umbi' - Ahmad Zahid

A
A
A

KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa beliau tiada niat untuk memecahbelahkan rakyat di akar umbi dengan penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di Sabah dan dua negeri lain.

Sebaliknya, jelas Presiden UMNO itu, penubuhan JKDM adalah untuk pelengkap dan tambahan kepada perkara sedia ada sekali gus menyantuni rakyat yang terpinggir di negeri ini.

"Sebenarnya kita berhasrat untuk melengkapkan dan tambahan kepada apa yang sedia ada dan kita tidak berniat pun bersaing atau mencari jalan yang berbeda, kita mahu memperkukuhkan akar umbi kita agar rakyat yang terpinggir itu dapat kita santuni. Itu maksud saya.

Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar di Kota Kinabalu.
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar di Kota Kinabalu.

"Tidak ada langsung niat ke arah itu (memecahbelahkan) kerana kerajaan negeri mempunyai Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK). Kita tubuhkan JKDM untuk memperkukuhkan kekuatan dokongan rakyat di sesebuah kampung itu," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Bahagian UMNO Sepanggar di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung penubuhan JKDM di Sabah yang dilihat kurang disenangi sebahagian pemimpin di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Tambah Ahmad Zahid, penerangan berhubung JKDM akan terus dilakukan dan berharap ada keserasian untuk menerima formula itu di peringkat negeri ini.

"Sebenarnya ada tiga negeri kita mempunyai formula yang sama, di Pulau Pinang dan di Selangor kita mempunyai kaedah sama. Di negeri berkenaan tidak ada sebarang pun masalah kerana mereka memahami hasrat kita.

"Di Sabah saya fikir penjelasan akan terus dilakukan dan saya harap ada keserasian yang akan berlaku di sini. Jadi tidak ada (ia ditubuhkan atas motif politik), kita hanya ingin memperkukuhkan pentadbiran di akar umbi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

'Tubuh JKDM di Sabah bukan untuk pecah belah akar umbi' - Ahmad Zahid #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #JKDM #UMNO #ZahidHamidi #JKDM #AkarUmbi

News - AShamaluevMusic