KKM sasar belia 17 hingga 24 tahun jadi pelapis derma darah

Dr Muhammad Radzi bersama Sivanesan (kanan) menyantuni penerima anugerah Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Sabtu.
Dr Muhammad Radzi bersama Sivanesan (kanan) menyantuni penerima anugerah Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Sabtu.
A
A
A

IPOH - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan golongan muda berusia 17 hingga 24 tahun sebagai pelapis penderma darah baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sasaran itu diletakkan selepas mendapati kumpulan penderma darah kecil semakin berkurangan disebabkan peningkatan usia.

Menurutnya, ketika ini peratusan penduduk di Malaysia yang menjadi penderma darah hanyalah 2.3 peratus iaitu jauh lebih rendah dari standard kebangsaan 5 peratus.

"Bagi menarik lebih ramai penderma kalangan muda, kementerian sedang merancang mendigitalisasi buku pendermaan darah bagi fasiliti pendermaan darah di KKM.

"Melalui aplikasi ini, penderma darah dapat mengakses rekod pendermaan mereka dengan lebih mudah dan pantas selain dapat memantau tarikh pendermaan, lokasi pendermaan dan kempen pendermaan darah bergerak," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Sabtu.

Seramai 79 penderma darah dan 22 penganjur kempen derma darah telah disenaraikan sebagai penerima anugerah Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Sabtu.
Seramai 79 penderma darah dan 22 penganjur kempen derma darah telah disenaraikan sebagai penerima anugerah Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan; Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Feisul Idzwan Mustapha dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Mohammad Masrin Md Zahrin.

Dr Muhammad Radzi berkata, secara purata, 2,000 hingga 2,200 beg darah diperlukan di seluruh begara bagi kegunaan 1,000 pesakit setiap hari.

Artikel Berkaitan:

"Tahun lepas, sejumlah 768,828 pendermaan darah telah dijalankan di seluruh negara, darah-darah ini diproses dan dibekalkan kepada 611,341 pesakit," katanya.

Dalam pada itu, tema sambutan Hari Penderma Darah Sedunia tahun ini adalah 'Meraikan sambutan ke-20 hari penderma darah sedunia: Terima kasih, penderma darah'.

Seramai 79 penderma darah dan 22 penganjur kempen derma darah telah disenaraikan sebagai penerima anugerah.

Dr Muhammad Radzi berkata, tahun ini juga, KKM mewujudkan kategori baharu iaitu anugerah khas penderma muda khusus bagi golongan belia.

"Prestasi mereka adalah satu pencapaian yang patut kita banggakan dan semoga dapat dijadikan inspirasi kepada masyarakat untuk menjadikan aktiviti pendermaan darah sebagai sebahagian cara hidup demi menyelamatkan nyawa pesakit," katanya.

Anugerah lain yang disampaikan ialah penderma darah terbanyak, penderma aferesis terbanyak, penderma darah jenis darah jarang jumpa dan penganjur kempen derma darah paling komited bagi setiap negeri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!