Pelakon Kamal Bakar kini nazak

Gambar yang dimuat naik Muhammad Hanis menerusi Facebook. FOTO: FACEBOOK HANIS KAMAL BAKAR
Gambar yang dimuat naik Muhammad Hanis menerusi Facebook. FOTO: FACEBOOK HANIS KAMAL BAKAR
A
A
A

PELAKON veteran, Kamaruldzaman Bakar, 62, kini berada dalam keadaan nazak selepas dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka akibat kanser paru-paru tahap empat.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya yang juga seorang pelakon, Muhammad Hanis Kamaruldzaman, 35, menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Tangkap layar hantaran Muhammad Hanis menerusi Facebook pada Sabtu.
Tangkap layar hantaran Muhammad Hanis menerusi Facebook pada Sabtu.

“Assalamualaikum semua, ayah saya Kamaruldzaman Bakar (Kamal Bakar) sedang nazak,” katanya.

Pada 3 Jun lalu, Kamal telah dikejarkan ke Hospital Melaka selepas keluarganya bimbang dengan perubahan sikap termasuk keadaan kesihatan yang semakin merosot ditunjukkan oleh aktor tersebut.

Susulan itu, Kamal dilapor telah ditidurkan akibat komplikasi paru-paru dan kekurangan oksigen.

Kamal kemudian disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat selepas dua minggu dimaksukkan ke ICU hospital berkenaan.

Kamal telah memulakan kerjaya lakonan sejak era 1970-an dengan membintangi pelbagai drama dan filem seperti Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak, Suami Aku Ustaz, Pendekar serta Ratu Teh Pin.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!