[VIDEO] PRN17: Rakan kerjasama UMNO Sabah ditentukan nanti

A
A
A

KOTA KINABALU - Keputusan dengan siapa UMNO Sabah akan bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) hanya akan ditentukan apabila tiba masanya nanti, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, unsur dan elemen dalam UMNO sudah tersedia cuma ia perlu diperkukuhkan lagi, manakala untuk kerajaan negeri mereka juga sedang mencari formula baharu bagi menghadapi PRN17.

"Tadi bila saya berucap di sana (di Tuaran), mereka tanya bilakah keputusan mahu dibuat oleh kepimpinan UMNO Sabah dan Pusat untuk melakukan kerjasama, dengan pihak mana, gabungan mana.

"Saya beritahu bahawa apabila tiba masanya kita pasti membuat keputusan ke arah mana yang akan kita tuju," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar di sini pada Sabtu.

Ahmad Zahid ketika berucap pda majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar di Kota Kinabalu.
Ahmad Zahid ketika berucap pda majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar di Kota Kinabalu.

Ahmad Zahid ketika berucap pda majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar di Kota Kinabalu.
Ahmad Zahid ketika berucap pda majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar di Kota Kinabalu.

Ditanya mengenai kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tuaran, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu memastikan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan didokong sepenuhnya di peringkat negeri.

"Hajiji kawan lama saya, saya mengenali beliau sejak zaman USNO lagi dan konsep saya ialah musuh seseorang itu adalah musuh dia, tetapi kawan seseorang itu adalah kawan saya.

Artikel Berkaitan:

"Saya mempunyai pegangan yang begitu, jadi saya beritahu bahawa walaupun kita tidur bantal lain-lain (berasingan) tetapi mimpi kita sama.

"Apa yang saya maksudkan supaya Kerajaan Perpaduan diberi dokongan sepenuhnya di peringkat nasional tetapi kalau berlaku masalah di peringkat negeri kita akan cari formula," katanya.

Sebelum itu, UMNO Sabah pernah menjadi sebahagian rakan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan Hajiji untuk memerintah negeri ini.

Namun hubungan itu retak selepas berlakunya kemelut politik pada awal tahun lalu yang membawa kepada penyingkiran Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar dalam barisan Kabinet sebagai Timbalan Ketua Menteri ketika itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!