Isu BlackRock: Putra akan hantar memorandum bantahan rasmi

Ibrahim (tengah) ketika dalam sidang media di Ibu Pejabat Putra, Titiwangsa Sentral pada Sabtu.
Ibrahim (tengah) ketika dalam sidang media di Ibu Pejabat Putra, Titiwangsa Sentral pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) akan menghantar memorandum bagi menyatakan bantahan secara rasmi berhubung keputusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam menjual 30 peratus saham mereka kepada syarikat BlackRock.

Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, masa depan dan keselamatan negara boleh tergugat sekiranya kerajaan membenarkan penjualan saham MAHB kepada organisasi yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.

Ujar beliau, penyerahan memorandum pada minggu hadapan itu akan diberikan kepada tiga pihak iaitu Perdana Menteri, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah Nasional) dan MAHB.

"Malu sedikit kepada budak-budak yang boikot kerana menentang keganasan Israel. Tengok kebangkitan pelajar-pelajar termasuk di Amerika Syarikat (AS) yang menentang genosid di Gaza.

"Saya simpulkan tentangan kita terhadap MASB menjual saham kepada BlackRock ini bukan sekadar mereka membekal senjata kepada Israel yang membunuh wanita, kanak-kanak dan rakyat yang tidak berdosa secara zalim sudah melebihi 40,000 orang.

"Tetapi juga lebih penting jika kita izinkan BlackRock ini menguasai ataupun memasuki Malaysia, mereka akan bertapak dan ini boleh menggugat masa depan kemerdekaan negara kita," katanya.

Ibrahim (tengah) ketika dalam sidang media di Ibu Pejabat Putra, Titiwangsa Sentral pada Sabtu.
Ibrahim (tengah) ketika dalam sidang media di Ibu Pejabat Putra, Titiwangsa Sentral pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media di Ibu Pejabat Putra, Titiwangsa Sentral pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel, memiliki pegangan dalam MAHB.

Beliau turut menekankan BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.

Dalam masa sama, Anwar menegaskan, pentadbirannya tidak membenarkan mana-mana syarikat dari Israel beroperasi di negara ini, namun bagi syarikat asing yang mempunyai kaitan dengan negara Zionis itu, tidak mempunyai keupayaan membatalkan kehadiran mereka kerana dikhuatiri menjejaskan ekonomi negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!