JAS Kedah kesan 40 bungkusan bahan buangan

Sharifah Zakiah (kanan) sedang meninjau lokasi penemuan 40 bungkusan terbabit.
Sharifah Zakiah (kanan) sedang meninjau lokasi penemuan 40 bungkusan terbabit.
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah menemui 42 bungkusan disyaki mengandungi bahan buangan terjadual di sebuah kawasan lapang di Kulim yang turut menjadi kawasan pembuangan sisa pepejal pada Sabtu.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, buangan itu dikesan oleh pasukan peronda JAS sekitar jam 10 pagi sewaktu menjalankan rondaan mengesan dan mencegah pencemaran pada hari pelepasan umum.

Katanya, buangan tersebut didapati dibungkus menggunakan nama sebuah syarikat terkemuka.

"Walau bagaimanapun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti jenis buangan dan JAS juga akan mengesan pemilik tanah berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Penguat kuasa JAS sedang memeriksa isi bungkusan yang diletakkan di sebuah kawasan lapang di Kulim pada Sabtu.
Penguat kuasa JAS sedang memeriksa isi bungkusan yang diletakkan di sebuah kawasan lapang di Kulim pada Sabtu.

Menurutnya, sampel buangan telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk kenal pasti jenis buangan.

"Sekiranya buangan dikategorikan sebagai bukan buangan terjadual, kes akan diserahkan kepada agensi yang mengawal selia sisa pepejal untuk tindakan lanjut.

"JAS juga akan memaklumkan insiden ini kepada pihal berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat tanah untuk tindakan mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, jika buangan didapati adalah buangan terjadual, tindakan lanjut akan dijalankan dibawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum mandatori penjara lima tahun dan denda. Selain itu, tindakan perundangan yang sama boleh dikenakan kepada tuan punya tanah sekiranya didapati berlaku pengabaian yang menyebabkan tanah tersebut menjadi tapak pelupusan haram buangan terjadual," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!