Dapur Hijau bantu suri rumah, ibu tunggal jana pendapatan

Tuan Mohd Saripudin (kanan) mengiringi Mohamed Fadzli meninjau tanaman hasil tanaman program Dapur Hijau
Tuan Mohd Saripudin (kanan) mengiringi Mohamed Fadzli meninjau tanaman hasil tanaman program Dapur Hijau
A
A
A

KOTA BHARU - Program Dapur Hijau memberi menfaat kepada lebih 1000 suri rumah dan ibu tunggal dalam tempoh setiap lima tahun untuk menjana pendapatan di antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kesungguhan mereka juga berjaya menjadi usahawan tani hasil latihan dan maklumat yang diberikan melalui program itu.

Menurut beliau, Dapur Hijau yang diwujudkan pada 2015 pada mulanya menghimpunkan hanya sepuluh peserta di setiap 45 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menanam tanaman di sekitar rumah dengan bantuan kit pertanian daripada kerajaan negeri.

"Jumlah itu semakin meningkat dan sehingga kini terdapat 40 peserta di setiap DUN sekali gus menerima banyak manfaat terutama kos pembelian makanan berasaskan pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Dapur Hijau Peringkat Negeri Kelantan di sini pada Sabtu.

Hadir merasmikan majlis ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Tuan Mohd Saripudin memberitahu, kesemua peserta diberi taklimat pertanian dan mempratikkannya sehingga menjadi mini kebun dengan pelbagai jenis tanaman.

"Pada masa sama kita akan melakukan pemantauan dalam konteks penjagaan tanaman bagi memastikan hasil yang baik dan mampu menjana pendapatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya lagi, kerajaan negeri juga akan memberi bajet susulan RM5,000 bersama kit pertanian yang mengandungi lebih banyak kemudahan dan benih kepada peserta Dapur Hijau yang berjaya sebagai usahawan tani.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!