Tiada perpecahan dalam UMNO Sabah

Ahmad Zahid diiringi Bung Moktar ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar di Kota Kinabalu.
Ahmad Zahid diiringi Bung Moktar ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan berlaku perpecahan dalam UMNO Sabah membabitkan pemimpinnya.

Beliau memaklumkan telah diberi penjelasan mengenai ketiadaan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Mesyuarat UMNO Bahagian Tuaran.

"Tidak ada perpecahan dalam perkara ini. Ini dijelaskan Datuk Bung bahawa beliau mempunyai program lain dan saya mengambil pendekatan lembut di Tuaran tadi.

"Saya mempunyai prinsip bahawa kita mahu berkawan dengan semua pihak dan keputusan seperti mana saya nyatakan tadi akan kita buat apabila tiba masanya nanti," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar di sini pada Sabtu.

Bung Moktar ketika berucap pada Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar di Kota Kinabalu.
Bung Moktar ketika berucap pada Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar di Kota Kinabalu.

Sementara itu, menjawab dakwaan yang tular itu, Bung Moktar dalam ucapannya berkata, tidak mahu ada perpecahan dalam kalangan parti tersebut.

"Di Tuaran dalam mesyuarat sudah viral ke mana Bung Moktar, nampaknya UMNO Sabah berpecah dua. Tidak ada pecah saya terus terang, saya tidak dapat datang ke Tuaran sebab saya ada urusan lain.

"Tetapi hari ini saya ada dengan Presiden. Tapi kita tahu ini kerja pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tahu sudah mereka memecahbelahkan kita, UMNO," dakwanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Ahmad Zahid turut hadir merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tuaran yang turut dihadiri Ketua Bahagian Tuaran merangkap Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Dalam majlis itu, Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor turut hadir sebagai jemputan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!