Ramai 'pahlawan palsu' pada PRU14 - Puad Zarkashi

Puad
Puad
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin UMNO menyindir pihak yang mendakwa kononnya mereka yang membantah penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada BlackRock Inc. melalui Global Infrastructure Partners (GIP) sebagai 'pahlawan'.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ramai yang berpura-pura menjadi pahlawan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Sebenarnya sebelum PRU ke-14 (2018), ramai berlagak pahlawan. Akan turunkan harga minyak, harga kereta, harga tol, hapus PTPTN, hapus rasuah dan tender tertutup.

"Mereka berlagak pahlawan sebelum dapat keris (kuasa). Tapi bila dapat keris, terus masuk sarung. U-turn pun tidak berani.

"Maka siapa yang berpura pura jadi pahlawan? Rupanya yang berguling-guling di jalan raya dan tidur di Dataran Merdeka adalah pahlawan palsu," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya isu BlockRock tidak dijadikan sebagai wayang politik oleh pihak tertentu bagi menghasut rakyat.

Perdana Menteri berkata, setiap pihak boleh menegur dan mengkritik namun tidak menjadikan isu itu untuk menunjukkan siapa lebih ‘pahlawan’.

Dalam pada itu, Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit menyifatkan gelaran pahlawan palsu merupakan ungkapan politik terbaik selepas PRU14.

Artikel Berkaitan:

"Mereka yang membantah penjualan saham MAHB pada GIP dianggap berpura-pura jadi pahlawan. Ini ungkapan politik terbaik pasca PRU14," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!