Pemegang kunci Kaabah meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Ketua Pemegang Kunci Kaabah, Sheikh Saleh Al-Shaibi telah meninggal dunia, menurut portal haramain.com.
Menurut laporan yang dikongsi di platform media sosial X pada Sabtu, solat jenazah diadakan di Masjidil Haram dan pengebumian di Tanah Perkuburan Al Mu’alla di Makkah.
Untuk rekod, Saleh Al-Shaibi dilantik sebagai penjaga Kaabah pada 2013 selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia.
Pada masa ini, fungsi penjaga terhad kepada pembukaan dan penutupan Kaabah.
Istana Diraja, Kementerian Dalam Negeri dan pasukan kecemasan akan menyelaras dengan penjaga jika terdapat tetamu negara. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!