Saya tak terkilan: Idris Khan

A
A
A

PELAKON, Idris Khan, memberitahu dia tidak terkilan biarpun perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya sudah dua kali tertunda.

Idris, 30, bagaimanapun menganggap semuanya berlaku adalah percaturan dari Yang Maha Esa.

“Sudah tentu tidak sebab semuanya ALLAH sudah atur, tidak awal tidak lambat.

“Saya juga percaya apa yang berlaku ini untuk kebaikan saya, yang hanya ALLAH lebih mengetahui,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Idris dan Sanaa sepatutnya berkahwin pada 20 Januari 2018, namun terpaksa ditunda kerana kakak bakal isterinya baru bersalin. Kemudian, Idris menunda perancangan itu pada hujung tahun lalu.

Ditanya andai perkara ini terus menjadi perbualan netizen mengenai status perhubungan yang belum ke jenjang pelamin, Idris percaya masyarakat dan peminat akan mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Saya percaya orang ramai dan netizen sentiasa mendoakan yang baik-baik. Jadi alhamdulillah saya bersyukur ada peminat yang sangat menyokong,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!