PKR Pahang bentuk jawatankuasa kepimpinan baharu

Fuziah
Fuziah
A
A
A

KUANTAN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang membentuk satu jawatankuasa kepimpinan baharu menerusi mesyuarat yang diadakan di sini pada Sabtu.

Pembentukan jawatankuasa itu susulan pelantikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri manakala Ketua Cabang Lipis, Rizal Jamin sebagai Timbalan Pengerusi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Mei lepas.

Fuziah dalam kenyataan malam ini berharap kepimpinan baharu dapat memainkan peranan dan dilibatkan secara jelas serta penuh dalam segala urusan dan aktiviti berkaitan kerajaan negeri secara langsung atau tidak langsung.

Beliau berkata, pihaknya menyedari bahawa hubungan serta kerjasama erat kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting untuk manfaat rakyat Pahang seperti yang dibuktikan atas komitmen bersama Perdana Menteri serta rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

"Mesyuarat juga memutuskan untuk turut serta membantu jentera bagi memberi kemenangan calon Keadilan (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Pulau Pinang yang telahpun bermula kempennya hari ini," katanya.

Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh Ketua Cabang Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi sebagai Naib Pengerusi 1 manakala Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang sebagai Naib Pengerusi 2 dan Ahli Dewan Negara Manolan Mohamad dilantik sebagai Naib Pengerusi 3.

Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Chan Chun Kuang pula dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang dan Haslindalina Hashim dilantik sebagai Ketua Wanita Negeri. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!