Tiga mata wajib dibawa keluar dari Temerloh - Azzmi

Azzmi
Azzmi
A
A
A

TIGA mata wajib dibawa keluar dari Temerloh apabila Negeri Sembilan FC menentang Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super 2024/25 pada 13 Julai depan.

Itu cabaran pengendali Negeri Sembilan FC, Azzmi Ab Aziz kepada skuad Rusa tewas buat kali ketiga berturut-turut dalam saingan liga pada Jumaat.

Malah dengan ketidakterlibatan kedua-dua pasukan dalam saingan suku akhir pertama Piala FA pada 28 dan 29 Jun Azzmi percaya skuad Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad juga mempunyai masa untuk menyediakan pasukan lebih mantap.

Namun menyifatkan dalam bola sepak tiada yang mustahil untuk keajaiban berlaku Azzmi percaya Negeri Sembilan mampu tampil kebangkitan luar biasa di Temerloh dengan syarat mengurangkan lagi kesilapan mudah benteng pertahanan selain penyudah lebih tajam ditampilkan bahagian serangan.

Mahu pemain-pemain skuad Rusa melupakan kekalahan di laman sendiri kepada The City Boys pada Jumaat, Azzmi berkata kepada Sukan Sinar: "Perlawanan di Temerloh merupakan cabaran besar kepada kita selepas mengharungi tiga perlawanan liga, namun ini adat bola sepak kita tiada pilihan kecuali untuk bangkit berdepan Pahang.

"Tiada alasan untuk pemain-pemain untuk tidak mengambil pengalaman dari tiga perlawanan terakhir liga sebagai pengajaran berguna apabila berdepan Pahang.

"Pahang pasukan pilihan beraksi di Temerloh, namun saya percaya pemain-pemain Negeri Sembilan ada pilihan untuk bawa tiga mata pulang dari laman Tok Gajah."

Kekalahan 0-3 kepada Kuala Lumpur City FC menambah lagi kelukaan selepas tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (18 Mei) dan 0-4 kepada Selangor FC (26 Mei) sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Pada 15 Jun lalu, skuad Hoben Jang Hoben itu juga tewas 0-4 kepada Selangor FC dalam perlawanan pusingan 16 Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!