Terkejut terima hadiah bar emas
KUALA LUMPUR - “Pada mulanya saya ingat ia hanya panggilan palsu, tak sangka pula saya benar-benar menang dalam peraduan ini,” kata Alice Chua, pemenang dalam Kempen Go For Gold dianjurkan Parlo Tours Sdn Bhd.
Dengan kemenangan itu, Alice berjaya membawa pulang bar emas seberat 1kg yang juga hadiah utama dalam kempen berkenaan.
Alice berkata, sebelum ini, dia sememangnya ada membeli pakej percutian bersama Parlo Tours Sdn Bhd namun tidak menyangka akan dipilih sebagai pemenang bagi peraduan tersebut.
“Saya ingat panggilan telefon yang diterima hanyalah satu prank, tak sangka pula saya memang benar-benar menang hadiah utama ini,” katanya pada majlis penyampaian hadiah baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Pembangunan Perniagaan Parlo Berhad, Yap Fu Fah berkata, kempen Go For Gold itu bermula sejak 14 Januari 2019 sehingga 31 Disember tahun lalu.
Katanya, menerusi kempen itu, pelanggan yang berbelanja dengan bayaran minimum sebanyak RM3,000 menerusi platform Parlo Tours Sdn Bhd layak untuk memenangi hadiah cabutan bertuah disediakan.
“Hadiah cabutan bertuah ini adalah bar emas, pakej percutian antaranya ke Balkans, Turki, Korea dan Jepun serta pelbagai lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Parlo Tours Sdn Bhd, Dani Yap berkata, sebahagian daripada pelanggan mereka setia bersama syarikat pelancongan itu selama hampir 40 tahun sejak ia mula bertapak di Ipoh.
Beliau berkata, pihaknya akan terus mengembangkan lagi perniagaan syarikat bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan selepas ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!