Kesilapan faktor kekalahan Tok Gajah

Penyerang import Sri Pahang FC, Kpah Sherman gagal menyerlah pada aksi berkenaan. Foto fb Sri Pahang FC, gambar kecil: Fandi
Penyerang import Sri Pahang FC, Kpah Sherman gagal menyerlah pada aksi berkenaan. Foto fb Sri Pahang FC, gambar kecil: Fandi
A
A
A

PENGENDALI Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, menyifatkan beberapa kesilapan yang dilakukan skuad kendaliannya itu, menjadi antara faktor kekalahan 0-3 ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.

Begitupun Fandi tetap berbangga kerana kesebelasan Tok Gajah dilihat telah beraksi sehabis baik dan tidak memberikan laluan mudah kepada tuan rumah mencatatkan kemenangan.

“Dalam bola sepak kita pun tak tahu...jadi bagi saya kita sudah berikan yang terbaik selepas kekalahan tu (Piala FA). Ini 'game' pertama kami, mungkin kita kurang aksi persahabatan sebab ada break, jadi agak sukar pemain nak dapatkan momentum.

“Kesilapan kita tak tutup ruang, saya dah beritahu, Heberty pemain berbahaya dengan kemampuan beraksi dengan kaki kirinya...Tapi kita juga bagi mereka (JDT) cabaran bukan senang nak score, bagaimanapun dalam babak kedua,kita buat satu lagi kesilapan.

“Apa pun, semua pemain sudaf bekerja keras, Mykola (Ahapov), Kpah (Sherman) juga bekerja keras, tetapi JDT lebih baik daripada kita, itu kita tak boleh elak,” katanya.

Kekalahan berkenaan menyaksikan skuad Tok Gajah itu kini berada pada kedudukan ketujuh Liga Super dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan tewas sekali daripada empat perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Fandi mengakui walaupun tanpa duo penyerang import, Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva, JDT masih mampu mempamerkan aksi terbaik.

Malah katanya, kesemua pemain JDT dilihat bekerja keras di sepanjang permainan bagi menjamin kemenangan pasukan pada perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Biasanya siapa sahaja di JDT kalau mereka sarung jersi mereka akan berikan yang terbaik ;tak kira sama ada Bergson main tak main, tapi kita tetap respect sebab mereka memang team yang baik.

“Setiap pemain di sini berada pada tahap tertinggi, mereka punya skill, teknik semua... kita kena 'respect'. Semua bekerja keras, walau hilang tiga pemain.

“Bukan senang, dan hari ini kita cuba nak curi mata, tapi tak kesampaian,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!