Belgium hidupkan peluang ke peringkat kalah mati

De Bruyne (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika berdepan Romania. - Foto: AFP
De Bruyne (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika berdepan Romania. - Foto: AFP
A
A
A

YOURI Tielemans memberi nafas baharu kepada Belgium dalam kempen Euro 2024 apabila gol pemain tengah Aston Villa itu selepas hanya 73 saat menginspirasikan kemenangan penting 2-0 menentang Romania pada awal pagi Ahad.

Pasukan Domenico Tedesco akan berada di ambang penyingkiran jika mereka mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam Kumpulan E itu.

Tetapi gol minit kedua Tielemans di Cologne itu menafikan kebimbangan satu lagi kegagalan kejohanan utama Belgium yang dipenuhi pemain bintang.

Kevin De Bruyne melengkapkan kemenangan Begium menerusi gol kedua pada minit ke-79 untuk memastikan keempat-empat pasukan dalam peringkat kumpulan itu terikat dengan tiga mata.

Belgium akan menentang Ukraine dan Romania menentang Slovakia pada 26 Jun.

Dengan 45 anak tangga yang memisahkan kedua-dua negara dalam ranking FIFA, kekalahan 1-0 Belgium ranking ketiga dunia kepada Slovakia pada Isnin adalah kekecewaan terbesar dalam sejarah Kejohanan Eropah.

Romania, yang berada di ranking ke-47 menunjukkan persembahan baik, namun kualiti dimiliki Belgium lebih unggul.

“Saya mempunyai perasaan yang sama seperti menentang Slovakia iaitu kami bermain dengan baik tetapi perbezaannya ialah kami menjaringkan gol dan menang hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Kami melakukan beberapa kesilapan dan melepaskan beberapa peluang, tetapi kami boleh berpuas hati dengan prestasi kami, baik secara menyerang mahupun bertahan," kata kapten Belgium, De Bruyne.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!