Kegiatan pelacuran di hotel bajet kena serbu

Gambar hiasan. Antara peralatan (kanan) yang dirampas susulan serbuan di sebuah hotel bajet dekat Bukit Bintang yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran.
Gambar hiasan. Antara peralatan (kanan) yang dirampas susulan serbuan di sebuah hotel bajet dekat Bukit Bintang yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan pelacuran melibatkan warga asing yang berselindung di sebalik sebuah hotel bajet dekat Bukit Bintang di sini terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas risikan dan maklumat mendapati berlaku kegiatan pelacuran di lokasi berkenaan.

"Serbuan kira-kira jam 8.30 malam itu berjaya menahan 16 wanita warga asing dari sebuah negara di benua Afrika berumur lingkungan 21 tahun hingga 40 tahun.

"Selain itu turut dirampas 40 keping kondom, 10 tiub gel pelincir, tujuh gulung tisu, 14 telefon bimbit dan wang tunai RM800," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kegiatan pelacuran terbabit berselindung sebalik hotel bajet melibatkan warga asing.

"Mereka ini akan menyewa bilik di hotel bajet ini secara harian sebagai tempat untuk menyediakan perkhidmatan seks.

"Pelacur ini mendapatkan pelanggan di tepi jalan dan seterusnya membawa ke bilik hotel bagi aktiviti perkhidmatan seks," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!