KDEBWM, NCT Smart wujud kerjasama strategik urus sisa pepejal

Ramli (tiga dari kiri) dan Fook Choy (empat dari kiri) bergambar selepas Majlis Menandatangani MoU dalam satu majlis di sini.
Ramli (tiga dari kiri) dan Fook Choy (empat dari kiri) bergambar selepas Majlis Menandatangani MoU dalam satu majlis di sini.
A
A
A

PUCHONG - KDEB Waste Management (KDEBWM) dan NCT Smart Management Sdn Bhd (NCT Smart) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam pengurusan sisa pepejal dan inisiatif kelestarian di Taman Perindustrian Pintar NCT (NSIP) Kuala Langat.

Kerjasama itu bakal mengubah pengurusan sisa dan mempromosikan kelestarian di NSIP yang terletak di Kawasan Pembangunan Bersepadu Selangor di Selatan Selangor (IDRISS).

KDEBWM dalam kenyataannya memaklumkan, kerjasama itu merangkumi perkhidmatan pengumpulan sisa komprehensif, pembersihan awam diperhebat dan program kitar semula yang kukuh.

"Pelaksanaan perkhidmatan ini akan berlaku setelah fasa pertama taman perindustrian siap.

Ramli (dua dari kiri) dan Fook Choy (dua dari kanan) pada Majlis Menandatangani MoU dalam satu majlis di sini.
Ramli (dua dari kiri) dan Fook Choy (dua dari kanan) pada Majlis Menandatangani MoU dalam satu majlis di sini.

"Kerjasama ini akan memberikan manfaat yang signifikan bukan sahaja untuk taman itu sendiri tetapi bagi seluruh daerah Kuala Langat dengan memperkenalkan kecekapan lebih tinggi dan fokus kelestarian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Majlis menandatangani MoU itu dihadiri Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir dan Pengarah Eksekutif Kumpulan NCT, Datuk Yap Fook Choy.

Hadir sama, Pengurus Besar, Pengurusan subsidiari dan Pelaksana Projek, KDEBWM, Ahadi Mohd Nasir dan Pengarah Projek Kumpulan NCT, Yap Chun Theng.

Artikel Berkaitan:

Menurut KDEBWM, NSIP memegang keistimewaan sebagai taman perindustrian pertama yang diuruskan di Malaysia yang terletak di IDRISS.

Tambah KDEBWM, Kumpulan NCT, terkenal dengan kepakarannya sebagai pemaju 'White Knight', telah berjaya menghidupkan semula dua projek terbengkalai terbesar di negara ini dalam dekad lalu.

"Komitmen teguh kumpulan ini terhadap kecemerlangan tercermin dalam pelbagai anugerah industri tempatan dan antarabangsa," jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, KDEBWM dan NCT Smart Management bersatu dalam komitmen mereka untuk melebihi jangkaan dalam pengurusan sisa pepejal dan memacu usaha kelestarian, khususnya dengan meningkatkan kesedaran tentang amalan kitar semula di negeri ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!