KBS perkenal program Inspire OKU Aktif

Sebahagian peserta yang menyertai Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu di Kuala Lumpur pada Ahad. Foto KBS.
Sebahagian peserta yang menyertai Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu di Kuala Lumpur pada Ahad. Foto KBS.
A
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) melancarkan Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu 2024 dalam usaha membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat khususnya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, penganjuran program itu juga akan menyumbang kepada pemerkasaan pembangunan sukan untuk semua seiring dengan kerangka Malaysia Madani dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).

Beliau berkata, program itu juga bagi mempromosi inklusiviti dalam aktiviti sukan dengan melibatkan masyarakat bersama dengan golongan OKU.

"Program rintis ini melibatkan sejumlah 17 lokasi di seluruh negara dan dijalankan secara percuma pada hujung minggu.

"Pengisian dalam program ini melibatkan aktiviti kecergasan seperti senamrobik, zumba, sukaneka dan berjalan kaki," katanya.

Hannah yang diwakili Setiausaha KBS, Dr Nagulendran Kangayatkarasu menyempurnakan pelancaran program itu di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad.

Hannah menjelaskan program itu juga mampu memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi Kerajaan dan swasta seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan Negeri, Sekolah Pendidikan Khas, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan sukan dan persatuan penduduk.

"Program yang digerakkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) ini menyediakan sistem sokongan bagi persekitaran sosial yang sihat dan selamat kepada golongan OKU seterusnya menikmati kesamarataan dalam program sukan yang dianjurkan oleh KBS," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!