PRK Sungai Bakap: Kempen calon kelam-kabut?

SPR menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai. Foto Bernama
SPR menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai. Foto Bernama
A
A
A

SUNGAI BAKAP - Baharu masuk hari kedua namun kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang berlangsung sejak Sabtu dilihat agak kelam kabut dan tidak diuruskan dengan baik oleh pengurus kempen yang bertugas.

Rungutan itu disuarakan oleh petugas media yang membuat liputan untuk kedua-dua calon bertanding apabila terpaksa berdepan dengan pembatalan saat akhir pada program yang telah disusun awal selain pimpinan tertinggi parti tidak hadir pada ceramah perdana seperti yang telah diwar-warkan.

Disebabkan calon tidak hadir pada program dan kempen yang telah dijadualkan menyebabkan petugas media 'disidai' tanpa sebarang pemakluman awal.

Lebih mendukacitakan, mereka mendakwa pihak pengurusan kempen juga gagal menyediakan jadual pergerakkan calon lebih awal meskipun ditanya beberapa kali melalui kumpulan WhatsApp rasmi pada malam tadi.

Antara penyokong kerajaan yang hadir bagi menyatakan sokongan terhadap calon PKR.
Antara penyokong kerajaan yang hadir bagi menyatakan sokongan terhadap calon PKR.

Jadual pergerakan calon yang bertanding kebiasaannya dikongsikan lebih awal atau pada sebelah malam, bagi memudahkan petugas media merancang perjalanan.

Entah dimana silapnya, mungkin faktor calon tidak bersedia atau wakil calon yang menguruskan jadual pergerakan tidak profesional atau mempunyai pengalaman dalam berkempen.

Bagaimanapun, itu semua tidak perlu dijadikan alasan memandangkan tujuan utama PRK ialah mencari pemenang dalam pilihan raya itu sendiri.

Artikel Berkaitan:

Sudah tentu pelbagai cara dan pendekatan perlu digunakan bagi memenangi hati lebih 33,000 pengundi di DUN Sungai Bakap.

Strategi juga perlu disusun atur agar setiap isu yang dimainkan sepanjang kempen dapat ditanggani secara bijak.

Seharusnya, pihak berkenaan perlu peka tentang perkara ini memandangkan ia menjadi salah satu faktor penentu siapakah wakil rakyat yang bakal diangkat.

Penyokong Perikatan Nasional yang menyatakan sokongan kepada calon mereka.
Penyokong Perikatan Nasional yang menyatakan sokongan kepada calon mereka.

Berdasarkan rekod, PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Joohari Ariffin, 60, dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail, 56.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai tarikh pengundian PRK DUN Sungai Bakap.

Ia susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!