Suami isteri parah, bayi dalam kandungan maut dihempap pokok


Sepasang suami isteri cedera manakala anak dalam kandungan berusia lima bulan meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di Simpang Empat pada Ahad. Foto PDRM
Sepasang suami isteri cedera manakala anak dalam kandungan berusia lima bulan meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di Simpang Empat pada Ahad. Foto PDRM
A
A
A

KANGAR - Sepasang suami isteri cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Padang Benta, Simpang Empat dekat sini awal pagi Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Baeyah Abdul Wahab berkata, dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa Muhammad Danish Hakim Hanizam, 18, patah tulang paha kanan, manakala isterinya Nuraleya Syazreena Roslan Anuar, 18, mengalami pendarahan dalam kepala serta patah tulang pinggang kiri dan kanan, manakala bayi dalam kandungan berusia lima bulan meninggal dunia.

"Ketika itu motosikal yang ditunggang oleh isteri manakala suami menjadi pembonceng dari kedai makan di Sungai Baru, Simpang Empat hendak balik ke rumah di Kampung Sungai Bugis.

"Sampai di lokasi kejadian, sebatang pokok telah tumbang menghempap motosikal dinaiki mereka. Pokok tumbang ini berlaku dalam kejadian ribut awal pagi tadi,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Baeyah berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, terdapat 31 kes pokok tumbang setakat jam 10 pagi Ahad yang dikendalikan pihak APM Perlis berikutan kejadian ribut yang mula berlaku kira-kira jam 2 pagi. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: